Selain itu, empat rakan mangsa turut menjadi tempat warden berkenaan melepaskan nafsu buasnya namun mereka bernasib baik apabila tidak sempat diliwat oleh lelaki tersebut.

Perbuatan jijik warden berkenaan akhirnya terbongkar selepas mangsa yang berusia 15 tahun itu mengadu mengenai perkara tersebut kepada seorang guru di pusat tahfiz berkenaan sebelum mereka membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, pada 24 April lalu, mangsa telah mengadu kepada guru berkenaan bahawa dia telah beberapa kali diliwat secara paksa oleh warden terbabit.

Beliau berkata, warden tersebut telah melucutkan pakaian pelajarnya itu secara paksa seterusnya memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa selain mengugut untuk memukul jika perbuatannya itu dihebahkan.

Ujarnya, warden tersebut yang memaksa pelajar tersebut masuk ke biliknya juga beberapa kali menyuruh mangsa menghisap kemaluannya.

“Warden berkenaan melakukan tindakan tidak bertanggungjawab itu sejak 1 April lalu.

“Selain pelajar tersebut, terdapat empat lagi rakan mangsa turut mengalami nasib sama. Mereka mengaku warden tersebut telah memaksa mereka untuk menghisap kemaluan.

“Kesemua pelajar tersebut juga ada memberitahu bahawa warden tersebut ada memeluk mereka, mencium mulut dan memaksa mereka melihat video lucah,” katanya. - UTUSAN ONLINE