Mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang berasal dari Klang, Selangor dijumpai seorang lelaki yang membuang sampah di kawasan tersebut kira-kira pukul 10:30 malam.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, mangsa dipercayai dibunuh selepas pemeriksaan awal mendapati kesan jerut di lehernya.

“Siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya di sini.

Sementara itu, rakannya, Ain Zulaikha Zamuri berkata, mangsa keluar dari asrama di sini kira-kira pukul 9 malam.

“Arwah sempat memaklumkan kepada kami yang dia ingin berjumpa teman lelakinya tidak jauh dari kawasan kejadian,” katanya.

Bagaimanapun, Ain Zulaikha berkata, tidak lama selepas itu dia menghubungi teman lelaki mangsa yang mendakwa tidak bertemu dengan mangsa.

“Bimbang dengan keselamatannya, saya dan rakan-rakan keluar mencari mangsa dan terserempak dengan anggota polis dan dan orang ramai yang menemukan mayatnya,” katanya. - UTUSAN ONLINE