Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu berlaku ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Bendahara CM Yusuf itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Belakang Pawagam, Tanjung Tualang.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, ketika tiba di simpang masuk ke Taman Tualang, mangsa yang berjalan kaki itu telah didatangi sebuah kereta jenis Proton Waja dari arah belakang yang kemudian berhenti di hadapannya.

Menurut beliau, salah seorang suspek yang duduk di bahagian penumpang belakang di sebelah kiri kereta telah membuka pintu dan menarik mangsa masuk ke dalam kenderaan tersebut.

"Pelajar itu bagaimanapun menepis tangan suspek untuk melepaskan dirinya dan usaha itu berjaya dengan dia kemudiannya bertindak melarikan diri pulang ke rumah.

"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan mahupun kerugian. Tiga suspek lelaki disyaki terlibat dalam cubaan culik itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE