Difahamkan, Wan Ji dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di sini untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber, tangkapan Wan Ji itu yang juga Ketua Biro Agama PKR itu berhubung satu laporan polis terhadap beliau di Kuala Lumpur baru - baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, Wan Ji kini disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. - UTUSAN ONLINE