Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pecah masuk pasar raya, wang tunai RM250,000 lesap

jenayah

SUNGAI PETANI 16 Julai - Penjenayah memecah masuk sebuah pasar raya di Jalan Pengkalan di sini dipercayai dalam kejadian awal pagi hari ini dan melarikan wang tunai kira-kira RM250.000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintenden, Saifi Abd. Hamid berkata, kejadian disedari oleh pekerja pasar raya berkenaan pada pukul 10 pagi.

“Laporan polis dibuat oleh eksekutif pasar raya tersebut yang memaklumkan bahagian pejabat premis tersebut dipecah masuk.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki memecah masuk melalui tingkap tepi aras satu pasar raya berkenaan seterusnya ke pejabat juruwang.

“Satu unit peti besi mengandungi wang tunai RM250,000 ditebuk,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, selain itu suspek juga bertindak memotong kabel penggera keselamatan dan melarikan perakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) di premis itu.

“Polis mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain