Difahamkan, wanita berusia 20-an itu ditahan di sebuah lokasi di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan itu dilakukan susulan satu laporan oleh Muhammad Sajjad atau lebih dikenali Nur Sajat.

“Saya mengesahkan penahanan bekas pekerja kepada usahawan kosmetik itu.

“Polis juga telah mengambil keterangan daripada Sajjad semalam,” katanya ketika dihubungi sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Baharudin bagaimanapun enggan mengulas lanjut penahanan itu dan menjelaskan pihaknya akan mengadakan sidang akhbar selepas siasatan selesai.

Semalam, Nur Sajat menerusi laman sosial Instagramnya memuat naik dua gambar yang salah satunya bertulis “Alhamdulillah.. tertangkap jua akhirnya... selepas setahun berlalu...wait and see kebenaran pasti terjawab,”. - UTUSAN ONLINE