Jabatan Polis Daerah Lone Peak dalam satu status Facebooknya memberitahu, patung bersaiz manusia itu dipakaikan pakaian yang lengkap seperti seorang lelaki dan diletakkan di tepi Jalan Alpine.

Patung yang digelar Fred oleh pihak polis itu disyaki diletakkan oleh sekumpulan remaja.

Mereka mengesyaki suspek yang berbuat demikian menyorok berdekatan jalan raya untuk melihat reaksi pemandu yang ternampak patung Fred tersebut.

“Ia mungkin lucu bagi mereka tetapi tidak kepada pemandu terutama pemandu wanita yang ternampak Fred,” kata polis.

Pegawai polis yang tiba kemudian mengambil patung Fred untuk dibawa ke balai polis.

Bagi menambah keceriaan di balai polis itu, mereka menggunakan Fred untuk menakutkan pegawai polis di situ pula.

Walaupun tiada tangkapan atau siasatan dibuat, pihak polis menjemput pemilik patung Fred itu untuk mengambil semula barang miliknya.

Kata jabatan polis itu lagi, mereka hanya ingin ‘berbual’ dengan pemilik patung itu. – WWW.UPI.COM