Ng Ah Lek
NG AH LEK

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ng Ah Lek, pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) telah menjalankan siasatan berkaitan beberapa kes berkenaan.

"Kes diterima seperti pinjaman wang yang tidak wujud dipromosikan melalui iklan, sistem pesanan ringkas (SMS) dan kenalan, penipuan SMS menuntut hadiah tertentu, pembelian barangan secara online seperti melalui Facebook dan tuntutan bungkusan (parcel).

"Sehubungan itu, polis memohon agar anggota masyarakat lebih berhati-hati dalam menyalurkan wang ke akaun pihak lain yang tidak dikenali demi mengelakkan sebarang kerugian kelak," katanya dalam kenyataan akhbar di sini sebentar tadi.

Sementara itu, beliau memberitahu, pihak BSJK juga telah menerima laporan penipuan dalam jual beli tanah melibatkan suspek seorang peguam bagi pihak penjual didapati tidak membayar wang hasil jualan tanah yang diterima daripada pembeli. 

"Penjual tanah tidak menerima wang sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM1 juta.

"Kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah," jelasnya. - UTUSAN ONLINE