Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, suspek yang menggunakan sebilah parang panjang telah bertindak meluru masuk ke dalam bank sebelum melompat masuk ke bahagian kaunter premis tersebut.

Difahamkan suspek telah bertindak mengacukan parang berkenaan ke arah pekerja bank serta mengugut pekerja dan orang awam yang berada di dalam bank itu supaya tidak melawan sekiranya tidak mahu ditetak.

Walaubagaimanapun, berlaku pergelutan di antara orang awam dan suspek sebelum suspek berjaya diberkas pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan samun. - UTUSAN ONLINE