Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, kesemua yang ditahan dalam operasi bersepadu membabitkan kawasan Hulu Besut itu berusia antara 15 hingga 57 tahun.

Katanya, polis juga merampas pelbagai jenis dadah seperti 60 biji pil kuda, 13 bungkusan cecair ketum dan satu tiub syabu.

“Semua yang ditangkap positif dadah pil kuda dengan salah seorang daripadanya merupakan lelaki warga Thailand,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.