Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Datuk S. Dev Kumar berkata, kesemua mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak menerusi Ops Noda yang dijalankan bagi membanteras kegiatan tidak bermoral itu bermula 17 Mac lalu sehingga semalam.

“Kita menerima maklumat terdapat pusat refleksologi di sini, menawarkan perkhidmatan selain urut, iaitu dipercayai dijadikan sarang pelacuran.

“Empat penjaga premis bersama 22 wanita termasuk 10 warga China, lapan (Vietnam) dan empat (Filipina) ditahan kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE