Operasi yang bermula esok sehingga 14 Disember depan itu akan dianggotai pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), balai polis, Unit Pelancong, Unit Rondaan Bermotosikal (URB), Unit Kereta Peronda (MPV) dan pasukan trafik. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, fokus akan diberikan terhadap beberapa lokasi panas di Dang Wangi kerana kira-kira 60 peratus kejadian berlaku di kawasan tersebut. 

“Kita dapati jenayah samun dan ragut di kawasan berkenaan meningkat berbanding tahun lalu.

“Sejak awal tahun ini sehingga Oktober lalu, sebanyak 252 kes ragut dan samun jalanan melibatkan pelancong asing manakala sebanyak 469 kes bagi warga tempatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini. 

Tambah Mazlan, pelaksanaan operasi itu juga bagi mengurangkan ‘fear of crime’ dalam kalangan orang ramai. 

“Jika berkesan, kita akan teruskan usaha ini dari masa ke semasa,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE