Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, kesemua individu yang berusia 19 hingga 52 tahun itu ditahan dalam Op Sarang Bersepadu atas kesalahan berkaitan dadah dan tiada dokumen pengenalan diri.

“Daripada jumlah itu, empat individu ditahan kerana memiliki dadah dan positif syabu dalam ujian saringan awal, manakala tujuh lagi ditahan kerana tidak mempunyai keterangan diri.

“Operasi dimulakan seawal pukul 3 pagi melibatkan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu yang dibantu oleh pihak Jabatan Imigresen dan Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Hamzah, seorang lelaki berusia 50 tahun turut ditahan kerana memiliki syabu seberat 5.03 gram dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Lok Buani.

“Semasa pemeriksaan badan dijalankan polis telah menemukan satu plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine yang disimpan dalam poket sebelah kanan seluar pendek berwarna kelabu serta berjalur dipakai suspek.

“Suspek warga asing itu direman selama empat hari dan disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. - UTUSAN ONLINE