Dalam serbuan bermula kira-kira pukul 10.30 malam yang dijalankan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor dan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu, wang tunai sebanyak RM617 turut dirampas.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintenden Norhizam Bahaman berkata, 15 yang ditahan merupakan wanita yang terdiri daripada warga Vietnam, Thailand dan Indonesia dipercayai bekerja sebagai GRO.

Beliau berkata, tiga lagi merupakan warga tempatan.

“Kedua-dua premis beroperasi dengan lesen perniagaan yang sah bagaimanapun mereka didapati menggajikan warga asing tanpa permit.

“Semua yang ditahan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 serta Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan. - UTUSAN ONLINE