Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa Jumaias, 37, ditemukan terbaring di landasan tersebut dengan kecederaan parah di bahagian kaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Kamal Khan Mohd. Shariff berkata, sebelum kejadian, wanita berusia 37 tahun itu dikatakan telah masuk ke kawasan laluan tren berkenaan sebelum berdiri berhampiran landasan.

Ujarnya, mangsa kemudian didakwa telah dilanggar oleh tren yang kebetulan sedang  menuju ke arah Bandar Tun Razak.

“Susulan kejadian itu, mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi menerima rawatan.

“Sehubungan itu, siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 447Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE