NOR BALQIS
NOR BALQIS

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, tiada perkembangan terkini melibatkan kes tersebut namun siasatan terperinci sedang dijalankan pihaknya.

"Setakat ini belum lagi (ada perkembangan)," katanya menerusi aplikasi WhatsApp ketika ditanya perkembangan kes gadis berusia 19 tahun tersebut, sebentar tadi.

Semalam, bapa gadis berkenaan, Zamri Jusoh, 42, membuat laporan kehilangan anaknya itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang selepas anak ketiga daripada empat beradik itu tiada di rumah apabila dia dan isterinya pulang selepas membeli keperluan harian.

Pemeriksaan di dalam bilik tidur gadis itu mendapati tiga pasang pakaian miliknya tiada di dalam almari dan usaha mengesan termasuk menghubungi saudara mara dan rakan-rakannya juga tidak berhasil.

Orang ramai yang mengenali atau terjumpa gadis itu boleh menghubungi Zamri menerusi talian 018-7863199 atau melaporkannya di balai polis berhampiran. - UTUSAN ONLINE