Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid
Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd. Hamid berkata, keterangan itu direkodkan daripada rakan-rakan mangsa yang hadir pada sambutan hari jadi di sebuah pusat hiburan, saksi di tempat kejadian dan anggota keluarga mangsa.

"Kita menjangkakan memanggil beberapa individu lain untuk direkodkan keterangan untuk melengkapkan siasatan termasuk seorang lelaki yang merakamkan kejadian kemalangan berkenaan hari ini," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga akan merekodkan keterangan seorang lagi pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan itu selepas selesai menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya,  hasil siasatan polis terhadap rakan-rakan mangsa mendapati dia memandu seorang diri pada awal pagi kejadian.

"Tiada orang lain atau rakan mangsa di dalam kereta dan kita percaya mangsa  masih berada di dalam kenderaannya itu," katanya. - UTUSAN ONLINE