Menurut Jabatan Hutan Sarawak dalam kenyataan hari ini berkata, tertuduh disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 37(2) Ordinan Perlindugan Hidupan Liar, 1998 kerana memiliki bahagian-bahagian hidupan liar di negeri ini.

“Tertuduh, Karim Lidam, 46, didapati melakukan kesalahan dan ditahan di Pasar Tamu Bintulu pada 2 Disember tahun lalu menggunakan sebuah kereta pacuan empat roda.

“Tertuduh memiliki 81.2 kilogram (kg) daging babi hutan dan 7.7 kg daging rusa,” jelas dalam kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, orang awam dinasihatkan agar lebih prihatin di dalam mematuhi undang-undang sedia ada berkenaan pemburuan dan penjualan hidupan liar di Sarawak.

“Jabatan Hutan Sarawak (JHS) juga sedang berusaha meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan pemburuan dan pemilikan hidupan liar itu melalui ceramah, kempen dan sebagainya. 

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat eksploitasi hidupan liar diseru menghubungi mana-mana pejabat JHS berdekatan atau hubungi hotline di talian 1-800-88-7777 untuk keterangan lanjut,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE