Selain itu, tapak kaki kiri sehingga paras pergelangan kaki mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya sudah  tiada manakala kaki kanan masih lengkap berkasut sukan berwarna biru.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam yang memaklumkan penemuan mayat itu pada pukul 6.20 petang.

"Pemeriksaan awal mendapati tidak kesan kecederaan berunsur jenayah dalam kejadian terbabit dan siasatan di lokasi kejadian juga mendapati tiada unsur jenayah berlaku.

"Polis meminta orang ramai tampil memberi kerjasama sekiranya ada kehilangan ahli keluarga sejak seminggu lalu bagi membuat pengecaman ke atas mayat tersebut," katanya di sini, sebentar tadi. -UTUSAN ONLINE