Mayat mangsa, Ani Ekasari, 45, berasal dari Bandung, Indonesia ditemukan dalam keadaan lengkap berpakaian oleh penyelia terbabit kira-kira pukul 11.45 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden A. Asmadi Abdul Aziz berkata, selepas diperiksa, pihaknya menemukan sekeping pas pengenalan diri dan dokumen perubatan dipercayai milik mangsa.

"Siasatan awal yang dilakukan Unit Forensik bagaimanapun tidak menemukan sebarang kesan berunsur jenayah pada mayat wanita itu.

"Polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen negeri dan pihak kedutaan bagi mengesahkan identiti serta waris si mati," katanya dalam satu kenyataan, di sini petang ini.

Katanya, orang ramai yang mengenali mangsa diminta tampil ke balai polis terdekat bagi membantu siasatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - UTUSAN ONLINE