Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditemukan di ruang tamu unit pangsapuri terbabit kira-kira pukul 8.12 pagi.

“Mangsa ditemukan oleh kakaknya dalam keadaan berlumuran darah dan kecederaan di leher akibat dikelar.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE