Mayat M. Muthu, 49, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan tidak bernyawa oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.49 petang dan mendapati terdapat mayat seorang lelaki di tepi longkang.

"Kita sedang menunggu laporan bedah siasat mangsa bagi mengenal pasti punca kematian," katanya, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE