Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Mayat bayi ditemukan dalam longkang

Jumpa mayat bayi
Mayat bayi perempuan yang ditemukan orang awam di dalam longkang di Chow Kit, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Orang awam dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan terapung di dalam longkang di belakang Hotel Cititel, Chow Kit, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintenden Habibi Manjiji berkata, mayat bayi tersebut ditemukan orang ramai sebelum dimaklumkan kepada pihak polis kira-kira pukul 2.20 petang.

“Pegawai penyiasat serta pihak forensik kemudian menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mendapati bayi tersebut sudah meninggal dunia.

“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain