Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, mangsa merupakan warga tempatan yang berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, berusia 41 tahun.

“Kita terima maklumat penemuan mayat tersebut kira-kira pukul 2 pagi dan hasil siasatan awal mendapati mangsa mempunyai kesan luka di badannya.

“Bagaimanapun, punca kematian mangsa hanya akan diketahui selepas bedah siasat dan kes disiasat mengikut Sekyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan. - UTUSAN ONLINE