Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd. Zulfadlli Nayan berkata, penahanan bot tersebut yang didaftarkan di Vietnam pada 11.27 malam itu dibuat susulan aduan oleh pihak Telekom Malaysia (TM).

"Hasil pemeriksaan mendapati, bot tunda itu gagal mempamerkan sebarang dokumen insuran serta tiada kebenaran bersauh dari Pengarah Jabatan Laut Malaysia di mana kawasan tersebut merupakan laluan kabel komunikasi dasar laut.

"Bot tunda bersama baj yang berdaftar di Vietnam itu dikendalikan oleh tujuh kru termasuk nakhoda, berumur antara 35 hingga 48 tahun. Empat daripadanya merupakan warga Indonesia dan tiga rakyat Vietnam," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, kes itu disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 Seksyen 491B(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran dan Seksyen 361 iaitu gagal mempamer insuran. - UTUSAN ONLINE