Komandernya, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, operasi selama dua hari bermula kelmarin berjaya mengesan Bubu Naga penguatkuasaan kawalan keselamatan sempadan dijalankan.

Katanya, bubu tersebut dirampas kerana mengakibatkan kemusnahan ekosistem perikanan apabila memerangkap semua jenis anak-anak ikan dan hidupan lain.

“Penggunaan Bubu Naga ini memberi kesan jangka panjang akan mengakibatkan tumbesaran ekosistem tergugat dan terganggu.

“Kami menyeru para nelayan supaya lebih beretika dan mempunyai kesedaran terhadap ekosistem perikanan yang menjadi punca pendapatan mereka. Hasil yang semakin berkurangan dilihat akan juga memberikan kesan kepada ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Khon Chiang berkata, setakat ini, sebanyak 208 kes seperti itu dilaporkan dan PPM Wilayah Dua merampas 281 unit bubu bagi tempoh tersebut.

Pihaknya berharap masyarakat maritim dapat meningkatkan kesedaran bersama-sama menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim, pelanggaran undang-undang dan peraturan serta sebarang jenis maklumat kpd PPM W2 di talian 07-2372221 / 2372222.-UTUSAN ONLINE

Habis