Pengarahnya, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, bot yang ditahan kira-kira pukul 11.10 pagi itu dikesan melanggar syarat sah lesen dan disyaki menggunakan nombor pendaftaran tempatan untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kesemua awak-awak termasuk tekong yang ditahan berumur antara 33 hingga 46 tahun. Bot, peralatan menangkap ikan, minyak diesel dan hasil laut juga yang dianggarkan bernilai RM1 juta telah disita,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot itu kemudian dibawa ke jeti Maritim Malaysia Terengganu untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki memalsukan dokumen bot dan juga melanggar syarat-syarat lesen.

Katanya, sehingga April ini sebanyak 24 bot dan 162 nelayan warga Vietnam ditangkap kerana menceroboh perairan negara sejak awal tahun ini. -

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama nelayan asing yang menceroboh perairan negara bagi mengaut hasil laut tanpa kebenaran,” katanya. - UTUSAN ONLINE