Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, penahanan itu susulan kesemua nakhoda bot tersebut gagal mengemukakan insurans bot barter trade ketika pemeriksaan dijalankan.

“Maritim Malaysia memandang serius perkara ini dan sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas bot -bot yang berada di perairan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambah Mohammad, kesemua bot terbabit dibawa ke jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952. - UTUSAN ONLINE