Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, cubaan menyeludup rokok putih melalui jalan laut itu dikesan bot Maritim Malaysia yang meronda di kawasan itu pada 11.45 malam.

Bagaimanapun, dua lelaki yang menaiki bot itu berjaya melarikan diri dengan terjun ke laut.

“Bot Maritim Malaysia mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan di muara sungai dan semasa pihak Maritim Malaysia cuba menghampiri, bot yang dinaiki dua suspek itu memecut ke pesisir pantai.

“Kedua-dua suspek itu kemudiannya terjun dan meninggalkan bot terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad berkata, pemeriksaan mendapati sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai dari negara jiran cuba dibawa masuk melalui jalan laut.

Tambahnya, bot serta barang rampasan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Batu Pahat untuk siasatan selanjutnya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya. - UTUSAN ONLINE