Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, pegawainya mendapati sebuah syarikat telah membawa masuk tembakau dari Indonesia dengan mengunakan bahan pembungkusan bale jute dan tikar mengkuang yang tiada permit import.

"Bahan tembakau ini mematuhi syarat import, cuma bahan pembungkusan sahaja iaitu bale jute dan tikar mengkuang tidak mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Syarikat terbabit didapati melakukan kesalahan dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta yang sama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, jika sabit kesalahan, syarikat pengimport itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-

duanya sekali.

"Pihak kami telah mengeluarkan kompaun dan peringatan kepada syarikat pengimport tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya atas kesalahan mengimport tanpa suatu dokumen yang sah," katanya. - UTUSAN ONLINE