Pengarah MAQIS negeri, Zarina Ramli berkata, dalam pemeriksaan yang dijalankan pada pukul 5 petang itu, pihaknya mendapati 750 kilogram serbuk berkenaan yang dianggarkan bernilai RM17,909 tidak mempunyai permit import yang sah.

"Pihak kami telah mengeluarkan kompaun kepada pengimport tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya.

"Peringatan kepada pengimport supaya mematuhi syarat dan peraturan yang telah ditetapkan juga telah diberikan,"katanya di sini hari ini.

Menurut Zarina MAQIS sentiasa mengambil langkah serius dalam isu melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam kepada keselamatan makanan.

"Tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara," katanya. - UTUSAN ONLINE