Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, kesemua suspek berusia antara 20 hingga 60 tahun itu ditahan pukul 1.50 pagi ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa pukul 9 malam semalam selepas mangsa dilarikan sekumpulan lelaki ketika berada di hadapan kedai makan di Bukit Indah di sini di mana sejumlah wang diminta daripada isteri mangsa.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada mangsa meminjam wang daripada ah long (ceti haram) dan tidak membuat bayaran balik mengikut masa ditetapkan di mana keluarga mangsa telah diperas dan dipaksa membayar wang berkali-kali ganda sebagai syarat untuk membebaskan mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan dipercayai dipukul suspek ketika dalam tahanan telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE