Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima maklumat daripada HPP mengenai kematian T. Nhaveen, 18, pada pukul 6 petang tadi.

"Remaja itu yang cedera parah dalam kejadian berkenaan dilaporkan mati otak, kami akan menjalankan siasatan di bawag Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, tiga remaja yang akan tamat reman esok akan direman semula bagi membantu siasatan kes itu manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman.

Dalam kejadian pukul 2.10 pagi Sabtu lalu, Nhaveen cedera parah selepas diserang sekumpulan lelaki manakala rakannya berusia 19 tahun melarikan diri untuk mendapatkan pertolongan. -UTUSAN ONLINE