Bagaimanapun, kegiatan jenayah mereka terbongkar apabila kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 hingga 23 tahun ditangkap dalam serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, modus operandi kumpulan yang memakai 'vest' polis itu ialah memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis sebelum menyamun wang dan telefon bimbit mangsa.

Katanya, kumpulan itu juga tidak teragak-agak untuk menggunakan kekerasan sekiranya mangsa-mangsa yang cuba disamun itu bertindak melawan mereka.

"Sejak Januari lalu sehingga kini, terdapat sembilan kes samun dengan menyamar sebagai pegawai polis di daerah Ipoh. Modus operandi kumpulan ini ialah dengan membuat pemeriksaan di asrama atau rumah kongsi pekerja asing sebelum menyamun.

"Hasil risikan dan siasatan yang dijalankan berjaya menahan seorang lelaki pada 2 Oktober lalu manakala tiga lelaki lain pula keesokkan harinya dan suspek kelima ditangkap pada 6 Oktober lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE