Lima suspek termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun turut ditahan selain polis merampas tiga buah kereta bernilai kira-kira RM300,000 yang dipercayai digunakan mereka.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zaharudin Md. Rasip berkata, serbuan pertama pada pukul 12.30 pagi di sebuah rumah di Bukit Pasir menemukan dadah disyaki heroin seberat kira-kira 2.3 kilogram yang dianggarkan bernilai RM40,000 selain wang tunai berjumlah RM1,840.

“Dalam serbuan kedua kira-kira dua jam kemudian di sebuah rumah kedai di Jalan Temenggung Ahmad pula, tiga sekawan ditahan manakala 76 gram disyaki syabu bernilai RM11,400, Honda Civic berharga RM105,000 dan wang tunai berjumlah RM3,600 dirampas.

“Susulan serbuan itu, seorang suspek yang mempunyai rekod lampau turut dibawa polis ke belakang sebuah rumah di Bakri dan kita menemukan 1,600 biji pil eramin 5 dan ekstasi serta syabu bernilai RM25,300 selain merampas Toyota Camry dan Honda HRV,” katanya dalam sidang akhbar di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE