Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata, LIMA 2015 merupakan platform terbaik bagi pasukan keselamatan melihat sendiri aset yang diperlukan bagi membanteras kegiatan militan.

Noor Rashid berkata, ancaman militan IS sesuatu yang benar-benar berlaku dan pihak keselamatan perlu bersiap sedia untuk menghadapinya.

“Satu bidang yang kita tengok ialah helikopter, kapal terbang dan sebagainya. Dalam keadaan sekarang kita mahu bergerak dengan cepat, dengan bebas tanpa dapat dikesan. Pihak polis merasakan memiliki sistem pengangkutan yang cepat dan tangkas ini penting.

“Kita turut meninjau aset komunikasi avionik dan elektronik yang merupakan satu bidang yang boleh kita gunakan untuk membuat satu pengesanan yang berkesan. Kita sedang lihat apa yang sesuai,” jelas Noor Rashid. - UTUSAN ONLINE