Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitenden Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia dalam lingkungan 50-an ditahan di bandar Kota Tinggi pada 6.15 petang.

“Lelaki itu ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu pada 8.30 pagi semalam.

“Polis mengucapkan terima kasih kepada pemberi maklumat sehingga membolehkan tangkapan dapat dilakukan dengan cepat,” katanya dalam kenytaan di sini hari ini.

Semalam, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan suspek berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang wanita di dalam sebuah pejabat ejen insurans di Kota Tinggi tular di media sosial.

Rakaman berdurasi 1.29 minit itu menunjukkan suspek memasuki pejabat berkenaan sebelum dipercayai menunjukkan kemaluannya dan cuba menangkap wanita itu, namun wanita itu berjaya keluar dan melarikan diri.

Ahsmon berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 506/509 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE.