LIM BAK PHAI
LIM BAK PHAI 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Lim Bak Phai berkata, suspek berusia 37 tahun beralamat di Taman Sri Muda itu akan disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semalam, media melaporkan, dua lori bertembung apabila lori tiga tan jenis Isuzu dipandu suspek melawan arus sejauh tiga kilometer di lorong tengah lebuh raya tersebut.

Hasil ujian air kencing terhadap suspek negatif dan suspek dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk pemeriksaan alkohol dan dihantar ke Balai Trafik Ampang Jaya juga untuk ujian sama.

Suspek juga didapati memandu tanpa lesen dan mempunyai 64 saman yang belum diselesaikan serta 36 waran tangkap.

Rakaman video kejadian berdurasi satu minit 25 saat itu memaparkan sebuah lori berwarna putih memandu melawan arus dan kemudian me­langgar sebuah lagi lori lain tular dalam media sosial.-UTUSAN ONLINE