Nur Azhan Kamaludin, 46, mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah dengan membuat panggilan telefon ke pusat kawalan daerah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menyatakan telah meletakkan bom di Sri Pentas TV3.

Kejadian itu didakwa dilakukan di Sri Pentas TV3 pada pukul 10.12 malam, 28 Ogos lalu.

Lelaki yang tidak bekerja itu didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun.

Majistret Salamiah Salleh kemudian menetapkan 4 Oktober depan untuk menunggu laporan perubatan disiapkan. -UTUSAN ONLINE