Portal berita Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintenden Roslan Leman berkata, sekitar pukul 3.45 petang suspek yang berumur 32 tahun dikatakan turut membaling objek keras sebelum mengacukan pisau kepada ibunya.

“Suspek telah ditangkap dan ditahan reman semalam sekitar 6.45 petang,” katanya.

Menurut Roslan, suspek yang merupakan seorang penganggur juga telah dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

“Berdasarkan maklumat daripada ibu suspek yang juga mangsa, suspek disyaki di bawah pengaruh dadah jenis syabu ketika kejadian,” ujarnya.

Tambah Roslan, kes disiasat di bawah dua seksyen iaitu Seksen 324 Kanun Keseksaan dan 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE