MOHD. ALI TAMBY
MOHD. ALI TAMBY 

Kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu mengakibatkan L.Tirumal, 62, maut di tempat kejadian selepas cedera teruk di bahagian muka dan badan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, kejadian itu dikatakan bermula setelah mangsa mengejutkan adik iparnya yang berusia 69 tahun daripada tidur dan menghalau keluar lelaki itu dari rumahnya.

Katanya, berlaku pergaduhan antara kedua-dua mereka sebelum suspek disyaki memukul mangsa dengan menggunakan batang penyapu sehingga patah di depan dan belakang badan serta seluruh muka.

“Pemeriksaan terhadap mangsa mendapati terdapat kesan pukulan pada bahagian belakang iaitu di atas punggung sehingga ke belakang badan yang disyaki dipukul menggunakan batang penyapu dan payung.

“Selain itu terdapat juga kesan kecederaan pada muka iaitu pipi kanan dan kiri serta kelopak mata kiri. Disyaki mangsa dipukul dengan payung dan terjatuh,” katanya. - UTUSAN ONLINE