Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya menerima laporan mengenai tindakan suspek berusia 46 tahun menetak mangsa berusia 28 tahun pada pukul 6 petang.

"Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa terbaring dalam keadaan berdarah serta luka akibat ditetak di perut sebelum dibawa ke Hospital Sibu untuk rawatan.

"Siasatan mendapati, suspek menetak mangsa dengan menggunakan parang selepas berlaku pertengkaran dan cabar-mencabar di antara mangsa dan suspek," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Borneo.

Menurut Stanley, suspek telah ditahan selepas menyerah diri dan akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan," ujarnya. - UTUSAN ONLINE