Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Sandy Yvette Freddy di Mahkamah Majistret di sini, bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Terdahulu, tertuduh yang memakai pakaian lokap tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi sebelum diiringi anggota polis ke kamar mahkamah untuk prosiding reman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari semalam, lelaki berasal dari Kampung Siol Kandis di sini, telah melarikan sebuah ambulans milik Pusat Kesihatan Pakar KPJ di sini.

Difahamkan, ketika kejadian itu, para petugas KPJ sedang membawa masuk seorang pesakit ke zon kecemasan di HUS dengan meninggalkan ambulans tersebut dalam keadaan enjin masih hidup.

Melihat keadaan ambulans itu tanpa sebarang pengawasan, suspek kemudian melarikan ambulans tersebut.

Suspek berjaya diberkas sejam kemudian selepas meninggalkan ambulans itu di Jalan Green, berhampiran Wisma Saberkas di sini. - UTUSAN ONLINE