Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek beruisa 50 tahun itu membakar sampah dalam premis tersebut pada pukul 5.15 pagi.

"Api marak telah menyambar tiga buah mesin pembayaran bil dan menyebabkan berlaku kebakaran.

"Lelaki yang juga gelandangan ditangkap kira-kira pukul 4 petang tadi di kawasan pekan Kajang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ahmad Dzaffar, kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE