Tertuduh, Zahari Mamat, 48, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan  dibacakan secara berasingan ke atasnya di hadapan Hakim G. Ramesh.

Berdasarkan pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa melakukan pecah amanah dengan curang menggunakan kad diesel Petronas milik Asiagroup untuk mengisi bahan api tersebut antara RM200 hingga RM500 setiap transaksi berjumlah RM6,500.

Perbuatan itu dilakukan di stesen minyak Petronas Jalan Semarak di Nilai antara 2 Julai 2017 hingga 7 Ogos 2017.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurhafiza Harun mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad dan Sivam Mariappan diikat jamin sebanyak RM34,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes.

Tertuduh bagaimanapun gagal membayar wang jaminan dan dihantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka. - UTUSAN ONLINE