Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.30 pagi, dan mengarahkan sepasukan anggota polis ke lokasi kejadian.

"Sebaik sahaja tiba dilokasi, pihaknya mendapati seorang lelaki berusia 24 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan lanjut mendapati mangsa telah mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut pada pukul 4 pagi bersama isterinya. Setengah jam kemudian, mangsa sedar daripada tidur dan cuba untuk bangun dari katil tetapi terjatuh serta muntah kerana mengalami sawan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azhar berkata, berdasarkan siasatan, kes terbabit dipercayai tiada unsur-unsur jenayah atau khianat.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - UTUSAN ONLINE