Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 3.15 petang tadi.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat kesan darah di kepala mangsa manakala dompet mangsa yang mempunyai wang tunai RM52 masih berada dalam poket seluar. - UTUSAN ONLINE