Dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu, polis menemukan 660 bungkusan air ketum di dalam empat tong dengan setiap satu mengandungi 165 bungkus di dalam pondok di belakang rumah suspek berusia 41 tahun itu.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya turut merampas empat plastik hitam berisi daun ketum yang belum diproses daripada lelaki itu.

“Siasatan awal mendapati air ketum itu adalah untuk jualan di sekitar kawasan terbabit dan nilai keseluruhan air dan daun ketum yang dirampas adalah RM2,010.

“Suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 19 April di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia negatif dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE