NOORZAINY MOHD. NOOR
NOORZAINY MOHD. NOOR

Suspek dikatakan telah merosakkan kotak fius elektrik dan paip air di luar rumah mangsa pada pukul 7.30 malam menggunakan cangkul sebelum menghayunnya kepada mangsa dan terkena tangannya.

Kejadian itu disaksikan oleh isteri dan dua anak mangsa yang memaklumkan sebelum itu mangsa telah membuat laporan polis apabila diugut oleh suspek menggunakan sebilah parang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek ditahan pada pukul 11 malam dan hasil ujian air kencing mendapati dia negatif dadah namun memiliki satu rekod lampau berkaitan dadah.

“Hasil pemeriksaan doktor yang merawat mangsa di Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati lengan kanan mangsa mengalami keretakan dan rawatan lanjut masih dijalankan di HSJ.

“Suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. - UTUSAN ONLINE