Malah, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, suspek berusia 36 tahun itu dimasukkan ke dalam keranda dipercayai dilakukan jemaah selepas dia memecahkan sebuah kereta jenis Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, perbuatan suspek disedari seorang lelaki yang sedang membuat rondaan di sekitar kawasan masjid berkenaan.

"Ketika kejadian, lelaki terbabit melihat suspek berada di sebelah kereta tersebut dan bertindak memecahkan cermin bahagian tepi sebelum memanggil ahli kariah lain bagi membantunya menangkap suspek.

"Malah, lelaki berkenaan turut mengalami patah tangan berikutan terkena bumper kereta semasa menangkap suspek,"katanya dalam satu kenyataan, di sini malam ini.

Tambah Baharuddin, selepas menangkap suspek, ahli kariah segera menghubungi polis untuk menyerahkan suspek bagi tindakan lanjut.

Terdahulu, sebuah rakaman video tular di laman sosial Facebook menunjukkan suspek diikat dan diletakkan dalam sebuah keranda hampir satu minit. - UTUSAN ONLINE